Selasa, 17 Februari 2009

HMT329: CARA SEBUTAN SELAMAT TAHUN BARU CINA YANG BERBEZA

3 Sebutan Gong Xi Fa Chai yang berbeza:

1.Gung Hi Fat Chai (Hakka)

2.Gong Xi Fa Chai (Mandarin)

3.Gung Hei Fat Chain (Kantonis)

Khamis, 5 Februari 2009

HMT329: Konsep Milik/Punya

Pendahuluan

Esei ini mengkaji tentang konsep 'milik' atau 'punya' antara dua dialek yang berbeza iaitu dialek Patani dengan dialek Perak Tengah. Kami mengkaji perbezaan konsep milik dalam kedua-dua dialek ini dari segi sebutan, struktur ayat, situasi dan konteks serta penggunaan konsep ini mengikut peringkat umur.

Analisis
Perbezaan penggunaan konsep milik ini dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah.

Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa terdapat perbezaan dan persamaan dalam penggunaan konsep milik bagi dialek Perak Tengah dan dialek Patani dari segi konteks penggunaannya. Berdasarkan jadual di atas, dalam situasi untuk merujuk kepada kepunyaan orang lain, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada konsep milik adalah sama bagi kedua-dua dialek iaitu dengan menggunakan Kata Nama 'mak'.

Dalam contoh ayat kedua iaitu 'Tudung ini kepunyaan saya', penggunaan konsep milik adalah berbeza mengikut situasi yang berbeza. Apabila berkomunikasi dengan adik beradik, konsep milik dalam dialek Perak Tengah 'keme' untuk merujuk kepada 'saya'. Manakala dalam dialek Patani, konsep milik yang digunakan untuk merujuk kepada 'saya' ialah 'aku'.

Apabila bertutur dengan rakan-rakan, kosep milik yang digunakan untuk merujuk kepada 'saya' adalah sama antara kedua-dua dialek iaitu menggunakan 'aku'. Manakala, apabila bertutur dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa, konsep milik yang digunakan adalah lebih sopan. Dalam dialek Perak Tengah, konsep milik yang digunakan ialah gelaran kekeluargaan iaitu 'Kak Ngah' yang merupakan gelaran untuk merujuk kepada anak kedua dalam keluarga. Bagi dialek Patani pula, penggunaan Kata Ganti Nama 'kami' digunakan yang membawa maksud 'saya' dalam dialek Patani.

Bagi situasi untuk menunjukkan kepunyaan orang yang dilawan bercakap, dalam dialek Perak Tengah menggunakan Kata Ganti Diri ‘kome’ yang bermaksud ‘kamu’ manakala dalam dialek Patani, Kata ganti Nama ‘mu’ digunakan yang membawa maksud ‘awak’. Hal ini menunjukkan perbezaan dari segi penggunaan konsep milik yang merujuk kepada Kata Ganti Nama Kedua.

Dalam dialek yang dikaji tidak terdapat pengguguran konsep kepunyaan. Buktinya dapat dilihat melalui ayat (i) hingga ayat (iii). Ayat (i) iaitu dalam dialek Perak Tengah dituturkan sebagai ‘baju ni mak punye’, manakala dalam dialek Perak Patani pula dituturkan sebagai ‘baju ni hat mak nya’. Leksikal ‘punye’ dalam ayat (i) dalam dialek Perak Tengah dan leksikal ‘nya’ dalam dialek Perak Patani menunjukkan konsep milik iaitu ‘baju kepunyaan emak’.

Begitu juga dalam ayat (ii) iaitu ‘tudong ni keme punye’ yang dituturkan dalam dialek Perak Tengah dan ‘tudong ni aku nya’ yang dituturkan dalam dialek Perak Patani menunjukkan bahawa tidak terdapat pengguguran konsep kepunyaan atau milik. Leksikal ‘punye’ dalam dialek Perak Tengah dan leksikal ‘nya’ dalam dialek Perak Patani menunjukkan konsep milik bahawa ‘tudung itu kepunyaan aku’.

Walaubagaimanapun dalam dialek Perak Patani menggunakan kata ‘hat’ yang mendukung konsep milik kepada seseorang. Leksikal ‘hat’ mendukung makna ‘hak’ atau ditujukan khas kepada seseorang. Oleh itu dalam dialek Perak Patani menggunakan Kata Nama untuk menunjukkan konsep kepunyaan dan milik kepada seseorang. Manakala dalam dialek Perak Tengah tiada penggunaan Kata Nama untuk menunjukkan konsep milik atau kepunyaan kerana kata ‘punye’ sudah menunjukkan konsep milik atau kepunyaan.

Contohnya dapat dilihat dalam ayat (i) dalam dialek Perak Patani iaitu ‘baju ni hat mak nya’. Leksikal ‘hat’ ini menunjukkan bahawa baju itu adalah ‘kepunyaan kepada emak’. Manakala dalam dialek Perak Tengah dalam ayat (i) iaitu ‘baju ni mak punye’, menunjukkan bahawa ‘baju ini kepunyaan emak’ dan Kata Nama ‘hak’ digugurkan dalam dialek Perak Tengah. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa dalam dialek Perak Patani menggunakan dua jenis kata iaitu Kata Kerja ‘nya’ dan Kata Nama ‘hat’ untuk menunjukkan konsep kepunyaan seseorang manakala dalam dialek Perak Tengah hanya menggunakan satu jenis kata sahaja iaitu Kata Kerja ‘punye’ untuk menunjukkan konsep milik atau kepunyaan seseorang.
Struktur ayat bagi dialek Perak Tengah dan Perak Patani dapat dilihat berdasarkan rajah pohon di bawah:

Berdasarkan rajah pohon di atas, dalam dialek Perak Tengah bagi ayatnya iaitu ‘baju nie mak punye’ terdapat maksud lain yang boleh dinyatakan dalam ayat ini iaitu ‘mak punye baju nie’. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa berlakunya pendepanan separuh predikat seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah pohon yang mewakili dialek Perak Tengah.

Dalam frasa ayat (i) yang mewakili kedua-dua dialek mempunyai inti dan penerang. Contohnya dapat dilihat dengan jelas berdasarkan ayat di bawah:

Dialek Perak Tengah Dialek Perak Patani

1.Baju ni + mak punye. Baju ni + hat mak nya.
inti + penerang inti + penerang

2. Tudong ni + keme punye. Tudong ni + aku nya
inti + penerang inti + Penerang

3. Tudong ni + aku punye. Tudong ni + kami nya.
inti + penerang inti + penerang

4. Buku ni + kome punye. Buku ni + hat mu nya
inti + penerang inti + penerang


Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang kami lakukan terhadap kedua-dua dialek iaitu dialek Perak Patani dan dialek Perak Tengah, kami mendapati bahawa terdapat penggunaan Kata Ganti Nama yang berbeza ketika bertutur dengan individu yang berbeza. Ketika berbual atau bertutur dengan individu yang lebih tua dari orang yang dilawan bercakap, akan menggunakan Kata Ganti Nama yang lebih sopan jika dibandingkan ketika bertutur bersama dengan rakan sebaya ataupun dalam kalangan adik-beradik.
Di samping itu juga, dalam dialek Perak Patani dan dialek Perak Tengah konsep milik itu diungkapkan dengan cara yang berbeza. Dalam dialek Perak Patani menggunakan dua jenis kata untk menunjukkan konsep milik atau kepunyaan manakala dalam dialek Perak Tengah pula menggunakan satu jenis kata sahaja untuk menunjukkan konsep milik atau kepunyaan.
Dri segi struktur ayat pula, tiada perbezaan antara dialek Perak Patani dan dialek Perak Tengah.





Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa & Pustaka.
Nik Safiah Karim. 1997. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahli kumpulan
Nurul Hana Binti Abu Talib (19)
Norfadilah Binti Abdul Rahman(15)

Selasa, 3 Februari 2009

Analisis Kontrastif 'Lagu Untukmu'







Pengenalan tentang kumpulan Meet Uncle Hussain



Kumpulan Meet Uncle Hussain yang juga dieja sebagai meetUncleHussain atau meetunclehussain) ialah sebuah kumpulan Muzik Bebas Malaysia
yang mendendangkan muzik rock progresif. Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROOTW pada tahun 2005. Pada tahun 2oo7, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia.Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu di anugerah Juara Lagu 23(AJL 23)



"Lagu Untukmu"
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua


Analisis Kontrastif “Lagu Untukmu”

lagu ini ditujukan khas kepada kekasihnya. Lirik lagu ‘Lagu Untukmu’ hati seorang kekasih yang telah dilukai oleh kekasihnya. Walaupun berasa kecewa dengan perbuatan kekasihnya tetapi beliau tetap menerimanya dengan hati terbuka bahawa kekasihnya sudah tidak menyintainya lagi. Berdasarkan lirik lagu ini juga menunjukkan ketidakserasian antara kedua belah pihak pasangan kekasih ini.
Kekasihnya telah mempermainkan hati dan perasaan beliau. Kekasihnya tidak pernah memikirkan perasaan pasangannya. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana itulah jalan penyelesaian yang terbaik.




http://ms.wikipedia.org/wiki/Meet_Uncle_Hussain