Memaparkan catatan dengan label HMT329: ANALISIS KONTRASTIF BAHASA MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HMT329: ANALISIS KONTRASTIF BAHASA MALAYSIA. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mac 2009

HMT329:Lawatan Sambil Belajar Ke Gurney

Lawatan Sambil Belajar Ke Gurney

Pada 22 March 2009, semua pelajar HMT329 mengadakan lawatan ke Gurney yang bertujuan untuk melakukan analisis kontrastif. Aspek kajian yang telah kami lakukan adalah dari segi bentuk hormat, penggunaan kata panggilan serta kesalahan bahasa. Ahli kumpulan kami terdiri daripada Norfadilah Abdul Rahman, Nurul Hana Abu Talib dan Wong Siet Li. Kami berkumpul di Perhentian Bas di hadapan Masjid USM pada pukul 9.00 pagi dan menaiki bas lebih kurang pada pukul 9.45 pagi. Pensyarah HMT329 iaitu Doktor Radiah Yusoff serta Cik Helena iaitu pengajar Bahasa Korea turut menyertai dan mengetuai lawatan ini.

Kami menaiki bus ke Komtar kemudian kami menaiki bus percuma menggeliling Penang. Sepanjang perjalanan itu kami diminta memerhati sekeliling seperti penggunaan bahasa pada papan tanda, iklan, dan bahasa yang digunakan oleh orang di sekeliling kami. Destinasi pertama kami ialah Fort Cornwallis. Aspek kajian kami yang pertama adalah panggilan hormat serta penggunaan bahasa sopan. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati dua orang pelajar HMT329 telah menunjukkan penggunaan bahasa sapaan yang sopan serta penggunaan panggilan.

Ketika di dalam bas, Nasibah serta Chan Yan Yi telah memberikan tempat duduk mereka kepada orang yang lebih tua. Ini menunjukkan rasa hormat mereka kepada orang yang lebih tua dari segi bukan verbal iaitu dari segi perbuatan atau tingkah laku mereka. Mereka telah bangun dan menjemput ‘mak cik’ untuk duduk di tempat mereka. Hormat dari aspek verbal pula, mereka menggunakan bahasa panggilan yang sopan. Contohnya Nasibah mengatakan ‘tak pe Mak Cik duduk la’. Penggunaan Bahasa Panggilan ‘Makcik’ merupakan kata panggilan yang sopan untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua.

Sepanjang berjalan ke arah Fort Cornwallis, kami mendapati bahawa terdapat kesalahan penggunaan arfiks "di-" dan preposisi "di" pada papan tanda atau iklan. Kesalahannya ialah dalam papan tanda atau iklan penggunaan arfiks dan preposisi itu telah diterbalikkan iaitu seharusnya arfiks "di-" harus dirapatkan dengan kata dasar dan preposisi "di" seharusnya di pisahkan dengan kata dasar. Contohnya, "disebelah - di sebelah", "Di Larang - dilarang" dan "dikalangan - di kalangan".

Ketika di dalam bas juga salah seorang daripada ahli kumpulan kami berbual dengan penumpang dalam bas tersebut. Kami mendapati beliau menggunakan kata ganti nama diri kedua iaitu ‘awak’ ketika berbual dengan rakan kami. Beliau juga membahasa diri dengan menggunakan kata ganti diri pertama iaitu ‘saya’ untuk merujuk kepada diri beliau. Dalam perbualan tersebut beliau menceritakan tentang ‘orang rumah beliau’ sudah empat hari meninggalkan rumah. Beliau menggunakan kata panggilan ‘orang rumah’ untuk merujuk kepada ‘isteri’ beliau.
Setelah tiba di Gurney, kami pergi ke "food court" untuk mengisi perut kami yang begitu lapar. Semasa menjamu selera kami juga memerhatikan papan tanda kedai-kedai yang ada di "food court". Kami mendapati terjemahan yang ditulis pada papan tanda kedai-kedai itu adalah tidak beberapa betul terjemahannya.

Misalnya, papan tanda salah sebuah kedai iaitu, "Nasi Lemak dan Mee Goreng’ telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin sebagai 椰浆饭及印度炒面 ‘ye jiang fan ji ying du chao mian’. Apabila ditulis dalam bahasa Melayu, perkataan "Indian" yang wujud dalam terjemahan bahasa Mandarin tidak wujud dalam terjemahan bahasa Melayu. Selain itu, kami juga terjumpa kesalahan terjemahan semasa berjalan ke "Fort Cornwallis" iaitu "masuk - way in". Terjemahan "way in" adalah tidak sesuai dengan perkataan "masuk" seharusnya diterjemah sebagai "enter". Semasa di kompleks Gurney kami diminta menanya kepada para penjual sesuatu kemudian memerhatikan bahasa sama ada berbal atau bukan verbal yang telah digunakan untuk membual dengan kami. Saya mendapati apabila wujud dua bangsa yang sedang mendengar seorang penjual mempromosi barangannya, penjual tersebut akan lebih mengutamakan pelanggan yang datang terlebih dahulu tetapi dia juga akan memberi tumpuan kepada pelangan yang lain dengan perhatian yang kurang.

Semasa mempromosi barangan mereka, mereka telah menggunakan bahasa yang sopan dan halus. Hal ini mungkin kerana mereka ingin mendapat kesan yang baik daripada pelanggan.Di samping itu, kami juga cuba berbahasa Melayu dengan penjual yang berbangsa Cina. Misalnya, kami telah berjalan ke sebuh gerai yang menjual barang kecantikan. Ivy telah menggunakan bahasa Melayu untuk bertanya soalan kepada penjual tersebut, penjual itu berasa hairan dan di selalu memerhatikan muka kami, seolah-olah tidak percaya yang kami tidak pandai berbahasa Mandarin. Bahasa yang digunakan oleh penjual itu agak sopan tetapi apabila kami berbahasa Melayu dengannya dia tidak berapa ingin melayan kami. Dia hanya menjawab soalan kami sambil lewa sahaja.


Situasi 1: Di dalam Watson

Sewaktu kami melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut, seorang jurujual wanita datang mendekati kami dan mempromosikan pruduk kecantikan kepada kami. beliau menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu bertutur dengan kami. Namun salah seorang dari ahli kumpulan kami membalas perbualannya dengan menggunakan Bahasa Melayu. Apabila mendengar kami bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu, jurujual itu telah menggunakan Bahasa Melayu juga, namun bahasa yang dituturkan oleh beliau tidak begitu fasih. Kemudian kami menukar perbualan dengan menggunakan Bahasa Inggeris pula. Setelah itu, jurujual itu juga telah menukar bahasa perbualan dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Selain itu, berdasarkan pengamatan kami, ketika kami membelek barang kosmetik terdapat seorang jurujual dengan seorang pembeli berbangsa Cina. Jurujual tersebut bertutur dengan menggunakan Bahasa Mandarin dengan pembeli. Kemudian kami mendapati pembeli tersebut bertutur menggunakan Bahasa Mandarin bercampur dengan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan anaknya. Di sini kami mendapati terdapat percampuran bahasa yang digunakan oleh pembeli tersebut. Tetapi ketika berkomunikasi dengan penjual tersebut, pembeli hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Mandarin.


Situasi 2

Papan tanda di atas merupakan amaran kepada orang ramai untuk memasuki kawasan tersebut. Terdapat empat bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej dalam papan tanda tersebut. Bahasa yang digunakan terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil. Dalam bahasa Melayu ditulis ‘kawasan larangan’ manakala dalam Bahasa Inggeris ditulis ‘protected area’ yang bermaksud ‘kawasan yang dilindungi’. Terdapat perbezaan makna bagi kedua-dua ayat tersebut. Apabila diperhatikan betul-betul, papan tanda ini juga menggunakan gambar iaitu gambar seorang lelaki yang memegang senapang dengan gaya memacukan senapang tersebut terhadap seseorang untuk menunjukkan maksud seperti yang tertulis pada papan tanda tersebut.











Situasi 3


Dalam papan tanda di atas, terdapat penggunaan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. Tetapi terdapt penggunaan gambar dalam papan tanda di atas supaya dapat difahami oleh orang ramai. Gambar tersebut membawa maksud sesiapa yang cuba memanjat tembok tersebut secara automatik akan terkena arus elektrik kerana tembok tersebut dilengkapi dengan arus elektrik.













Situasi 4


Penggunaan bahasa dalam papan tanda di atas juga menggunakan empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Berdasarkan keempat-empat bahasa tersebut, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil ditulis secara melintang tetapi dalam Bahasa Cina, bahasa tersebut ditulis secara menegak. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan dalam sistem tulisan Cina berbanding ketiga-tiga bahasa lain.








Situasi 5

Dalam papan tanda di atas, terdapat penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan kedua-kedua bahasa yang digunakan, didapati bahasa yang digunakan dalam Bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu lama. Hal ini dapat dilihat dari segi ejaan iaitu terdapat penggunaan tanda sempang dan kesilapan ejaan. Contohnya dalam perkataan ‘di-larang’. Sepatutnya perkataan tersebut dieja sebagai ‘di larang’ iaitu tiada penggunaan tanda sempang dan preposisi ‘di’ dan ‘larang’ dieja secara terpisah. Contoh kedua dapat dilihat dalam perkataan ‘baisikel’, sepatutnya ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah ‘basikal’ dan penggunaan simbol ‘2’ tidak boleh digunakan untuk menunjukkan maksud jamak. Sebaliknya ejaan yang betul ialah ‘basikal-basikal’.











Situasi 6

Dalam papan tanda di atas tidak terdapat sebarang bentuk bahasa yang digunakan, sebaliknya hanya menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Dalam petak petak yang pertama, simbol yang digunakan membawa maksud tandas yang terdiri daripada tandas lelaki dan perempuan terletak di sebelah kanan. Begitu juga dengan petak yang ketiga. Manakala petak yang kedua pula menunjukkan tangga yang juga terletak di sebelah kanan.

Ahli Kumpulan

NorFadilah Binti Abdul Rahman (15)
Nurul Hana Binti Abu Talib (19)
Wong Siet Li (29)

Selasa, 3 Februari 2009

Analisis Kontrastif 'Lagu Untukmu'







Pengenalan tentang kumpulan Meet Uncle Hussain



Kumpulan Meet Uncle Hussain yang juga dieja sebagai meetUncleHussain atau meetunclehussain) ialah sebuah kumpulan Muzik Bebas Malaysia
yang mendendangkan muzik rock progresif. Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROOTW pada tahun 2005. Pada tahun 2oo7, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia.Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu di anugerah Juara Lagu 23(AJL 23)



"Lagu Untukmu"
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua


Analisis Kontrastif “Lagu Untukmu”

lagu ini ditujukan khas kepada kekasihnya. Lirik lagu ‘Lagu Untukmu’ hati seorang kekasih yang telah dilukai oleh kekasihnya. Walaupun berasa kecewa dengan perbuatan kekasihnya tetapi beliau tetap menerimanya dengan hati terbuka bahawa kekasihnya sudah tidak menyintainya lagi. Berdasarkan lirik lagu ini juga menunjukkan ketidakserasian antara kedua belah pihak pasangan kekasih ini.
Kekasihnya telah mempermainkan hati dan perasaan beliau. Kekasihnya tidak pernah memikirkan perasaan pasangannya. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana itulah jalan penyelesaian yang terbaik.




http://ms.wikipedia.org/wiki/Meet_Uncle_Hussain

Ahad, 18 Januari 2009

HMT329: Perbandingan Hubungan Perkataan Dengan Makna

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama berbahasa Melayu dan berita Bernama berbahasa Inggeris. [ analisis kontrastif semantik ]

Pendahuluan
Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Melayu dan berita Bernama bahasa Inggeris. Kami tidak memfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat tiga berita berbahasa bahasa Melayu dan tiga berita berbahasa bahasa Inggeris dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.
Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Melayu itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Sebagai contohnya, data berbahasa Melayu dibandingkan dengan data berbahasa Inggeris. Tujuan kami mengkaji kedua-dua data bahasa Melayu dan Inggeris adalah untuk melihat kesinoniman kata yang terdapat di dalam kedua-dua data ini.

Kaedah
Kaedah yang digunakan oleh kami dalam kajian ini ialah kaedah korpus yang diperolehi oleh kami daripada TextStat. Kami hanya mengkaji kata nama sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Dalam kata nama tersebut kami hanya memfokuskan penggunaan kata “ taman ” sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Kami akan menggunakan konkordans yang terdapat di dalam program TextStat untuk melihat kekerapan penggunaan kata nama “ taman ” dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Penggunaan kata “ taman ” dalam berita berbahasa Melayu muncul sebanyak 11 kali dalam data. Peratusan bagi perkataan tersebut ialah sebanyak 1.69%. Manakala dalam berita bahasa Inggeris, kata “ park “ pula muncul sebanyak 9 kali dengan peratusan sebanyak 1.69% juga. Kami memilih perkataan ini kerana dalam kategori kata nama, kata ini mempunyai kekerapan yang paling tinggi.


Dapatan dan analisis kajian
Aspek makna yang dikaji oleh kami ialah sinonim. Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud ( Wikipedia,16Jan 2009 ). Pernyataan ini juga turut disokong oleh F.R.Palmer ( 1989 : 97 ) dalam buku Semantik :
“ Sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain ”.
Pernyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1982 : 241 ) dalam buku Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia :
“ Kata-kata sinonim terdiri dari kata-kata yang mempunyai makna yang sama”. Maksud “ sama “ ini tidaklah perlu seratus peratus sama seperti yang mungkin dianggap oleh ramai orang “.
Berdasarkan kajian kami, kata “ taman “ dalam berita berbahasa Melayu merupakan padanan bagi kata “ park “ dalam berita berbahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila makna bagi kedua-dua kata tersebut dirujuk kepada kamus. Dalam berita Bernama berbahasa Inggeris, perkataan “park” mendukung makna sebidang tanah yang disimpan untuk kegunaan awam sebagai ;
1) Sebidang tanah sama ada mempunyai bangunan ataupun tidak yang bersempadan dengan bandar yang dikekalkan untuk tujuan rekreasi dan hiasan.
2) Sebuah landskap yang terletak di bandar raya.
3) Sebuah kawasan tanah yang luas terletak di luar bandar yang dikekalkan sifat semulajadinya dan digunakan untuk tujuan keseronokan serta rekreasi bagi pengunjung
Manakala dalam berita berbahasa Melayu perkataan “taman” mendukung makna sebidang tanah yang disimpan untuk kegunaan awam sebagai ;
1) Kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-
rehat), kebun bunga.
2) Tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain). Kamus Dewan Edisi keempat
(2005:1583).
Menurut konteks kedua-dua data ini perkataan “park” dan “taman” mendukung makna tempat bersiar-siar dan kebun atau landskap yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan. Oleh itu, kedua-dua kata ini bersinonim. Keadaan ini menunjukkan hubungan interbahasa.
Dalam kajian intrabahasa perkataan “taman” berasosiasi dengan kata lain. Hubungan ini dikenali sebagai hubungan kolokasi. Kolokasi ialah penggunaan perkataan bersama-sama ( F.R.Palmer,1989 : 83 ) dalam buku Semantik. Sebelum ini, perkataan “taman” mempunyai kolokasi yang terhad iaitu hanya mendukung makna kebun yang ditanami oleh bunga. Hal ini dapat dibuktikan daripada “Malay Concordance Project” iaitu seperti petikan dibawah:

berjalan-jalan sambil bermain-main pada tiap-tiap taman bunga-bungaan dan taman buah-buahan. Setelah sudah, maka baginda Mar 18a .... pohon bunga-bungaan itu beraturan. Adapun pasirnya taman bunga-bungaan itu daripada mutiara dan merjan dan piruzah. Maka .

Mar 19b ...... segala para puteri itu berangkat ke maligai dari taman bunga-bungaan, lalu ke peterana. Setelah masuk ke peterana, maka
Mar 80b ...-buahan, maka dibawa oleh begawan laki isteri kepada taman bunga-bungaan melihat segala bunga-bungaan itu yang harum-harum
.
Namun kini, penggunaan perkataan taman mempunyai kolokasi yang lebih luas. Contohnya taman perumahan, taman permainan, taman KLCC dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan melalui data yang diperolehi daripada berita Bernama berbahasa Melayu iaitu:

“Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad”

Berdasarkan contoh ayat di atas, terbuktilah bahawa perkataan “taman” berasosiasi dengan perkataan lain. Selain itu juga, perkataan ‘ taman” juga mempunyai hubungan makna yang lain iaitu hiponim. Hiponim melibatkan pengertian inklusi. Inklusi merupakan suatu hal mengenai keanggotaan golongan perkataan. Jadi istilah ‘tertinggi’ ialah superodinat dan istilah ‘di bawah’ itu sebagai hiponim ( F.R.Palmer,1989 : 93-94 ) dalam buku Semantik. Dalam kes ini, perkataan

“taman”merupakan superodinat kepada hiponim. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah:
Adik saya bersiar-siar di taman KLCC.
bunga
mini
perumahan

Berdasarkan contoh ayat di atas, perkataan “taman” merupakan superodinat kepada bunga, mini dan perumahan yang merupakan hiponim kepada superodinat “taman”. Hal ini dapat dilihat di bawah :
taman ( superodinat )


bunga KLCC mini perumahan
Seterusnya, perkataan “taman” juga mempunyai hubungan secara sintagmatik. Hubungan sintagmatik merupakan hubungan secara linear antara kata atau unsur-unsur leksikal yang berada dalam satu tempat atau lingkungan yang sama( F.R.Palmer,1989 : 74 ) dalam buku Semantik. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

“Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad”

Berdasarkan ayat di atas, perkataan “taman” mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan perkataan KLCC.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kedua-dua perkataan iaitu “taman” dan “park” bersinonim dalam hubungan interbahasa. Pada masa yang sama, perkataan “taman” turut berasosiasi dengan perkataan lain. Perkataan “taman” juga mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan perkataan yang lain serta hubungan makna yang lain iaitu hiponim.



Rujukan
Abdullah Hassan. 1982. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Kamus Dewan Edisi keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.\

Malay Concordance Project. <> [17 Januari 2009]

R. F.Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah: Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wikipedia. 5 Mac 2008. Sinonim. Mediawiki < http://ms.wikipedia.org/wiki/sinonim > [17 Januari 2009]

Yahoo Education. 2000
<http://education.yahoo.com/reference/dictionary/;_ylt=AjKtDa9qc0jnV9204_UYXzbak7MF > [17 Januari 2009]



Nama Ahli Kumpulan
15. Norfadilah Binti Abdul Rahman
19. Nurul Hana Binti Abu Talib
22. Sharifah Shadhatul Nadrah

Cara Membuat Concordance

1. Buka satu folder di desktop. Nama folder itu contohnyanya “Nurul Hana_HMT329”.
2. Cari satu artikel / rencana di mana-mana surat khabar tempatan. Misalnya dari laman web Utusan Malaysia Online.
3. Buka “New Teks Dokumen”. Namakan file tersebut “ UMrencana1_15jan09.txt”. Kemudian, anda perlu copy rencana yang telah dipilih dalam file “UMrencana1_15jan09.txt” tersebut dan save file tersebut. Sekiranya rencana / artikel tersebut mengandungi gambar hendaklah dicuci terlebih dahulu dan kemudian disimpan file tersebut dalam file yang baru misalnya“ UMrencana1_15jan09_cuci.txt”.
4. Buka “microsoft word” dan nama file tersebut sebagai“ UMrencana1_15jan09.doc”. Kemudian, anda hendaklah copy rencana/artikel tersebut dalam file ini. Anda juga perlu pastikan gambar dalam artikel tersebut dibuang dan sekiranya mempunyai petikan ayat di bawah gambar tersebut anda hendaklah meletakkannya di bahagian paling bawah rencana/artikel.
5. Seterusnya buka satu lagi file dan namakan file tersebut sebagai “Tajuk artikel/rencana”. Dalam file ini anda perlu membuat 3 baris kotak dan setiap kotak perlu dituliskan seperti berikut:(i) Tajuk Artikel/Rencana Nama Penulis (ii) Web artikel/rencana itu diambil (iii)Tarikh dan nama file6. Kemudian buka software “textSTAT”. Pilih corpus dan seterusnya new corpus. Kemudian buka file Nurul Hana_HMT329.Selepas itu, padam perkataan “txt” dan gantikan dengan nama file tersebut sebagai “ UMrencana1_15jan09.crp”.7. Setelah itu, pilih corpus dan add local file. Cari file Nurul Hana_HMT329 dan Klik file “UMrencana1_15jan09.doc.
8. Buka word froms. Pilih sort on frequency dan klik frequency list. Seterusnya pilih export misalnya Frequency<>MS Excel. Namakan file itu “ UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls” dan save as type ialah “Microsoft Excel Worksheet”
9. Buka textSTAT semula. Pilih Concordance dan klik di “search whole” dan “search case”. Seterusnya pilih Export dan Frequency<> Mirco. Word. Simpan file tersebut dan namakan sebagai “ UMrencana1_15jan09_concord_asal.doc”.

Rabu, 14 Januari 2009

Drama Hong Kong: Forensic




Synopsis
Every contact leaves a traceEvery clue serves as a silent witness against crimeBomb disposal expert Yeung Yat-Sing, Ivan, (Kevin Cheng) returns from England to visit relatives and he comes across a grenade case by accident. Ivan's skills are highly appreciated by Senior Chemist Ko Yin-Pok (Bobby Au-Yeung) and he is invited to join the Forensic Division. Ivan soon becomes the division's rising star. Sing gets back in touch with his long-lost best friend Koo Chak-Sam (Frankie Lam). Sam serves as a forensic writer and he is going to get married soon.During a case, Sam's fiancée Lam Ding-Ding (Linda Chung) and Pok's police girlfriend Leung Siu-Yau (Yoyo Mung) are caught in an explosion meant to kill two drug dealers. Ding-Ding dies of her injuries, while Siu-Yau loses movement in her right hand. Yau's duties are passed to Ma Kwok-Ying (Charmaine Sheh) from the Narcotics Bureau. Both Sam and Ivan find Ying extremely charming with her smart and unfathomable characteristics in case handling.Integrating laboratory techniques, logical reasoning, and forensic knowledge, the trio strive to fight against crimes tremendously. As they get to know each other more and more, the entangled triangle of love also starts to hinder their working relationships...At the end of the series, Ivan and Ma Kwok-Ying end up in a car crash while chasing a fugitive, but through that experience, Ivan knows that Ma Kwok-Ying is committed to him, with her efforts to pull him out of the car in which they were trapped in. In the end, Ivan suffers from an explosion by a bomb planted by a fugitive to get revenge on Bell, which leads him into a coma. Right before the explosion, Ivan planned to propose to Bell. After the last case, Tim and Siu Yau get married. During the wedding, Ivan wakes up, although the frame only shows Ma Kwok-Ying receiving a call on her mobile phone, then running ecstatically, while crying, from the wedding, ripping her dress as she did in the first episode to aid running. The remaining wedding crowd finds out, and runs after Bell to see Ivan.






Main cast



Ko Yin-Pok (Timothy)高彥博
Forensic Analyst SupervisorLeung Siu-Yau's fiance.Koo Chak-Sam and Yeung Yat-Sing's best friend.
Leung Siu-Yau (Nicole)梁小柔C.I.D.
MadamKo Yin-Pok's fiance.

Koo Chak-Sam (Sam)古澤琛
Forensic Pathologist/Mystery WriterLam Ding-Ding's husband.Ko Yi-Pok and Yeung Yat-Sing's best friend.

Ma Kwok-Ying (Bell)馬幗英
C.I.D. MadamYeung Yat-Sing's fiance.


Yeung Yat-Sing (Ivan)楊逸升
Forensic AnalystMa Kwok-Ying's fiance.

Ma Kwok-Hung (Ben)馬國宏
Restaurant OwnerMa Kwok-Ying's half brother.

Ling Sum-Yee (Josie)凌心怡C.I.D.

Mok Suk-Nuen (Yvonne)莫淑媛
Forensic AnalystShum Hung's lover.

Shum Hung沈雄C.I.D.
SergeantMok Suk-Nuen's lover.

Lam Pui-Pui林沛沛
Lam Ding-Ding's older sister.
Ko Yin-Bok's ex-girlfriend.
Hui Lap-Man's wife.

Fong Miu-Na (Formula)方妙娜
Police OfficerYeung Yat Sing's cousin.
Mok Ching-Hong's lover.

Mok Ching-Hong (Wilson)莫正康C.I.D.
Fong Miu-Na's lover.
Guest starring

Lam Ding-Ding林汀汀
Forensic AnalystKoo Chak-Sam's wife.

Kwok Hiu-Lam (Sharon)郭曉琳
Singer
Li Kiu (Cat)李蕎
Artist ManagerKoo Chak-Sam's old classmate.

Wedding GuestGirl resembling Lam Ding-Ding.

Yip Chi-Man葉志文
Professional Clown
Li Chung-Sun (Paul)李忠信
Paint Ball Clerk

Li Chi-Wai李志偉
Ma Kwok-Hung's restaurant partner.

Tam Ka-Lok譚家樂
Song Writer
Mui Chin (Mabel)梅芊
Actress

Ng Sze-Ying (Cherry)吳詩瑩
Actress
Ngai Hoi-Nga (Annie)魏凱雅
Actress

Cheuk Kwan-Wing (Anson)卓鈞榮
Actor

Fu Ching-Kei博正基
Other cast

Hui Lap-Man (Matt)許立仁
Lam Pui-Pui's husband.

Ching Wai-Shing (Edwin)程偉勝C.I.D.

Lau Tsun-Sek (Terence)劉俊碩
C.I.D.

Leung Hing-Lung梁興隆
Leung Siu-Yau and Leung Siu-Kong's father.

Leung Siu-Kong梁小剛
Forensic AnalystLeung Siu-Yau's younger brother.

Cheung Lai-Ling鄭麗玲
Ma Kwok-Ying's mother.
Ma Kam-To馬錦濤
Senior OfficerMa Kwok-Ying and Ma Kwok-Hung's father.

Kwok Yee-Fan郭綺芬Ma Kwok-Hung's mother.

Cheuk Lam卓嵐Stunts

Soal Selidik Yassier Arafat

INFORMAN PERTAMA
Nurul Hana: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 1: ya
Nurul Hana: Apakah yang anda tahu mengenai beliau?
Informan 1: Beliau merupakan bekas Presiden Palestin.

INFORMAN KEDUA
Nurul Hana: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 2: ya
Nurul Hana:Apakah yang anda tahu tentang beliau?
Informan 2: Beliau merupakan bekas Presiden Palestin telah meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.

INFORMAN KETIGA
Nurul Hana: Adakah anda mengenali Presiden Palestin?
Informan 3: Ya
Nurul Hana:Apakah yang anda tahu tentang beliau?
Informan 3: Beliau merupakan pemerintah Palestin, beliau mempunyai isteri yang tidak memakai tudung.

INFORMAN 4
Nurul Hana: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 4: ya
Nurul Hana: Apakah yang anda tahu tentang beliau?
Informan 4: Beliau adalah pemimpin yang disegani, merupan presiden PLO, pertubuhan yang menentang penubuhan negara Israel dengan Gerakan Intifada. Yassier Arafat telah meninggal dunia.

INFORMAN 5
Nurul Hana: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 5: Ya
Nurul Hana: Apakah yang anda tahu mengenai beliau?
Informan 5: bekas pemerintah Palestin dan seorang yang memakai Jubah.


Kuliah HMT329 12/1/2009

HMT329:Tugasan Yassier Arafat

Pada hari Isnin 12/1/2009, Dr.Radiah telah mengarahkan kami melakukan satu aktiviti di dalam kelas. Aktiviti ini berkisar tentang Yaser Arafat. Dr.telah mengarahkan dua orang pelajar yang mengetahui hal Yaser Arafat menemuduga seorang pelajar yang tidak mengetahui hal Yaser Arafat. Maklumat yang didapati adalah seperti di bawah :

Sebab-sebab tidak mengetahui hal Yaser Arafat

Kumpulan 1

Toh Wni Haur, (27 )
Sharifah Shadhatul Nadrah, 22
Mohd Saiful Bahri, 13

Menurut informan 27,beliau pernah melihat gambar Yaser Arafat tetapi tidak mengetahui nama pemimpin tersebut. Selain itu, beliau juga tidak mengetahui nama pemimpin ini kerana di rumahnya ahli keluarga beliau hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin. Tambahan pula, beliau tidak mahir berbahasa Mandarin. Beliau juga malas membaca ahkbar berbahasa lain.

Kumpulan 2

Chan Yan Yi,( 2 )
Nurul Hana, 19
Nor Fadilah, 15

Menurut informan kumpulan 2 ini iaitu Chan Yan Yi, beliau menyatakan pernah mengetahui tentang Palestin tetapi tidak mengetahui nama pemimpinnya. Beliau juga mengatakan di rumahnya ahli keluarganya hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin. Dalam akhbar berbahasa Mandarin, nama orang akan ditukarkan tetapi bunyi masih sama. Nama Yaser Arafat dalam bahasa Mandarin ditukar menjadi alafa ke. Selain itu juga, beliau kurang membaca akhbar berbahasa Melayu dan bahagian politik. Di dalam berita juga, beliau mengatakan tidak pernah mengetahui tentang Yaser Arafat.

Kumpulan 3

Siti Fatimah. 23
Nur Liyana, 16
Ooi Yun Kean, ( 20 )

Menurut informan 20, beliau kurang membaca akhbar bahasa lain selain akhbar berbahasa Mandarin. Beliau juga mengatakan beliau tidak berminat untuk mengetahui tentang pemimpin dari luar negara. Beliau juga tidak berminat dalam hal politik. Yun Kean juga berpendapat bahawa Yaser Arafat kurang terkenal dan tidak begitu kacak. Beliau hanya mengetahui artis dari Hong Kong sahaja. Tambahan pula, Yaser Arafat tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Kumpulan 4

Norazri, 14
Jong Hui Ying,( 6 )
Mohd Hazrul, 11

Informan dalam kumpulan ini iaitu Hui Ying mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang Yaser Arafat kerana hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin dan nama Yaser Arafat akan bertukar menjadi alafa ke. Beliau juga tidak menonton televisyen dan tidak menyukai hal politik.

Kumpulan 5

Husna Hasan, 5
Nur Najwa Hanim, (17 )
Siti Nurhuda,24

Menurut informan di dalam kumpulan ini iaitu 17, beliau tidak mengetahui kerana malas membaca surat khabar tetapi selepas memasuki universiti beliau membaca surat khabar setiap hari. Beliau juga tidak menonton berita luar negara keran beranggapan berita tersebut tidak mempunyai kaitan dengannya. Tetapi beliau mengatakan bahawa mengenali Obama.

Kumpulan 6

Siew Fong (8)
Mohd Khusairi, 12
Wong Siet Li, 29

Informan dalam kumpulan ini ialah Siew Fong. Beliau menyatakan tidak pernah mendengar nama Yaser Arafat dan tiada orang pernah memberitahu kepadanya. Selain itu, beliau juga tidak suka mendengar berita di televisyen tetapi beliau hanya menyukai menonton filem Hong Kong. Beliau juga tidak membaca tentang isu semasa. Beliau juga tidak berminat membaca surat khabar di bahagian luar negara tetapi hanya membaca bahagian hiburan sahaja.

Kumpulan 7
Maisarah, 27
Siti Zaleha, 26
Hui Lean, ( 3 )

Informan 3 mengatakan beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan tidak pernah mendengar daripada rakan-rakan. Beliau juga tidak pernah menonton berita.

Kumpulan 8

Nur Hanizah, 18
Siti Nursuhana, 25
Siew Kin, ( 7 )

Informan dalam kumpulan ini ialah bernombor 7. Beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan Mandarin tetapi hanya menonton dvd dari Korea sahaja. Beliau hanya membaca bahagian hiburan sahaja jika membaca surat khabar. Beliau juga tidak berminat untuk mengetahui tentang Yaser Arafat kerana tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya.

Kumpulan 9

Wan Norhana, 28
Siew Suan,( 9 )
Nashibah, 4

Informan dalam kumpulan ini mengatakan beliau tidak mengenali Yaser Arafat kerana tidak pernah membaca surat khabar berbahasa Melayu tetapi hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin sahaja. Dalam surat khabar ini, nama pemimpin ini telah bertukar. Beliau juga tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. Beliau juga jarang mendengar berita kecuali sesetengah topik sahaja.Selepas mengumpulkan semua maklumat seperti di atas, kami perlu mengelaskan mengikut maklumat. Di dalam kelas HMT 329, terdapat sembilan orang yang tidak mengenali Yaser Arafat. Berdasarkan maklumat tersebut, maklumat tersebut akan dikelaskan dan diperatuskan.

Nama Ahli Kumpulan

Chan Yan Yi,(2)
Norfadilah Binti Abdul Rahman, 15
Nurul Hana Binti Abu Talib, 19

Selasa, 13 Januari 2009

Norkhiriah



Nama sebenar beliau ialah Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie. Beliau dilahirkan di Raub, Pahang. Pekerjaan beliau ialah pelakon dan telah mendirikan rumahtangga dengan Azfaizul Ahtan. Noorkhiriah atau lebih mesra dengan panggilan Noor merupakan seorang yang kecil molek dan telah berlakon dalam banyak drama tempatan. Antaranya ialah Tepi Kainnya Carik, Neraca Kasih, Sindarela, Pepaya dan sebagainya. Beliau juga turut berlakon dalam beberapa buah filem seperti filem Gubra, Susuk, Los and Faun, dan banyak lagi filem arahan pengarah terkenal tempatan. Walaupun beliau telah berlakon dalam banyak filem tempatan, namun beliau mengakui masih ramai yang belum mengenali beliau. Hal ini bukan disebabkan oleh dirinya yang kurang berbakat tetapi disebabkan oleh beliau tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang pelakon. Hal ini kerana beliau dilabel sebagai muka kampung. Malahan, beliau sering diberikan watak gadis kampung. Alasannya kerana muka beliau muka kampung, tiada gaya dan saiznya yang kecil. Namun, beliau mengimpikan karakter wanita korporat dan antagonis

Faizal Tahir


Biodata Faizal Tahir
• Name: Ahmad Faizal b. Mohd Tahir
Commercial Name : Faizal
D.O.B : 26th October 1978
Height : 170cm
Weight : 65 kg
Hobbies : Playing music, singing, collecting superheroes figurines
Personality : Active, friendly, matured

Albums
"The Best of One in a Million - Top 3"
Released: January 2007
Monkey Bone Records

other news
• May 08: Faizal bags 4 awards
• Apr 08: 6 nominations for AIM
• Nov 07: Faizal's Debut Album Released!
• Oct 07: Faizal's First Award
• June 07: Faizal and DC Superheroes Arrive In Style
• May 07: Faizal, Suki and Pepsi
• Feb 07: Faizal, Mr. Perfectionist

Faizal Tahir - Gemuruh (Lagu Tema MyStarz LG)

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Analisis Kontrastif Yassier Arafat

Analisis konstrastif Yassier Arafat

1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)
15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)
16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)
17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).
22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)


Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik

Isnin, 12 Januari 2009

Faktor Menentukan Aturan Kata

Keseringan <> frequency

Pola SKO / Jumlah keseluruhan X 100

35/41X 100

= 87.8 %

Pola SKO = 87.8%


Pola SK
5 / 41 X 100





= 12.2%

Pola SK = 12.2%

Oleh itu, berdasarkan data di atas, keseringan bagi pola SKO ialah sebanyak 87.8%. Manakala bagi pola SK ialah sebanyak 12.2%. Hal ini menunjukkan bahawa pola SKO lebih banyak terdapat di dalam artikel Israel ini.

Faktor ketertandaan

a) Bentuk bertanda

- tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua

pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa

- Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas

- Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh

- kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa

- dibom jet Israel.

- Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota

- Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar

selatan Israel, Beersheba

- Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal

menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim

- Kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu

keluar dari Gaza pada 2005.

- Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel

- Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran,

termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk

melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

- Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi

bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan

melancarkan roket dan bedilan meriam.



b) Bentuk tidak bertanda

- menjadikan Gaza kubur askar Israel

- Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari

- Kamu memasuki Gaza

- Gaza akan menjadi kubur anda

- Hamas turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.


- Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23

warga Gaza maut

- Satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan

Netzarim

- Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai

penduduk terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya

- Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan

Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin

Hamas berkubu.

- Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel

- Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah

dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana

penduduknya sudah melarikan diri.

- Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat

Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam

terkorban

- Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel

menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut

- warga Palestin kini mencecah 485 orang

- Israel gempur Gaza

- Pesawat pejuang, kereta kebal bedil Hamas


Keneutralan Konteks Secara Pragmatik

1. tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua

pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa

2. Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas

3. Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh

4.kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa

5. dibom jet Israel.

6. Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota

7.Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar

selatan Israel, Beersheba

8. Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal

menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim

9. Kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu

keluar dari Gaza pada 2005.

10. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel

11. Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat

sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan

untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

12. Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi

bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan

melancarkan roket dan bedilan meriam.




AHLI KUMPULAN :


SH.SHADHATUL NADRAH,22

NURUL HANA, 19

NORFADILAH,15

HUSNA HASAN, 5

NUR NAJWA HANIM,17

Ada apa dengan HMT329 $$kuliah 9/1/08$$

Objektif kuliah

Membuat analisis kontrastif bahasa dari aspek semantik. Untuk membuat analisis kontrastif kita perlu membandingkan satu unsur X dengan unsur Y. Analisis kontrastif ini menunjukkan persamaan dan perbezaan terhadap unsur X dan unsur Y tersebut. Dalam perbandingan tersebut tidak semestinya melibatkan dua unsur sahaja iaitu X dan Y tetapi mungkin terdapat unsur lain. Unsur X dan Y hanya sebagai lambang.


Contohnya


Palestin

13. Negara yang sedang dijajah.

15. Sebuah negara Islam.

17. Negara selalu dibom.

23. Negara yang tidak stabil.

25. Rakyat yang ditindas.

27. Rakyat Palestin yang sedang hidup dalam derita

29. Banyak rakyat yang telah terkorban.


Israel

2. Sebuah negara kristian.

4. Kejam, menindas, membunuh

6. Sebuah negara yang tidak boleh bercampur tangan dalam hal politik.

10. Sebuah negara yang mempunyai pemimpin kejam.

8. Peperangan yang telah menyebabkan ramai rakyat terkorban.

14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi.

20. Negara yang bermusuh dengan negara Palestin.


Perbandingan antara Palestin dan Israel.

28. Israel lebih kuat dari Palestin.

24. Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin merupakan negara yang ditindas.

9. Mempunyai agama yang berlainan.

15. Israel merupakan sebuah negara yang lebih kuat Palestin.

12. Wujudnya konflik politik antara kedua-dua negara.

28. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.


Kemudian jawapan yang diberikan oleh pelajar HMT329 perlu memberikan bukti yang kukuh dan benar. Oleh itu pelajar HMT329 perlu mencari maklumat yang benar melalui Wikipedia, Utusan Malaysia, Berita Harian Online, Kosmo, Harian Metro dan Sinar Kharakah.


No 22,17,dan 5 telah membuktikan ungkapan 25 dan 4 adalah benar iaitu mengesahkan bahawa Israel dan Palestin berkonflik. Bukti ini diperolehi daripada Wikipedia.


No 6 dan No 11. Membuktikan ungkapan no 9 adalah benar, iaitu rakyat Israel dan Palestin mempunyai agama yang berlainan. Bukti diperolehi daripada Wikipedia dan akhbar Cina.


No 20, 3, 2, 23, 28 telah membuktikan ungkapan 24 iaitu Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin merupakan negara yang ditindas. Bukti diperolehi daripada berita harian online.


No 10, 26 telah membuktikan ungkapan 12 iaitu wujudnya konflik politik antara kedua-dua negara melalui Wikipedia.


No8, 29, 27 telah membuktikan bahawa ungkapan 27 iaitu rakyat Palestin yang sedang hidup menderita melalui Utusan Malaysia




Ahli kumpulan :