Lawatan Sambil Belajar Ke Gurney
Pada 22 March 2009, semua pelajar HMT329 mengadakan lawatan ke Gurney yang bertujuan untuk melakukan analisis kontrastif. Aspek kajian yang telah kami lakukan adalah dari segi bentuk hormat, penggunaan kata panggilan serta kesalahan bahasa. Ahli kumpulan kami terdiri daripada Norfadilah Abdul Rahman, Nurul Hana Abu Talib dan Wong Siet Li. Kami berkumpul di Perhentian Bas di hadapan Masjid USM pada pukul 9.00 pagi dan menaiki bas lebih kurang pada pukul 9.45 pagi. Pensyarah HMT329 iaitu Doktor Radiah Yusoff serta Cik Helena iaitu pengajar Bahasa Korea turut menyertai dan mengetuai lawatan ini.
Kami menaiki bus ke Komtar kemudian kami menaiki bus percuma menggeliling Penang. Sepanjang perjalanan itu kami diminta memerhati sekeliling seperti penggunaan bahasa pada papan tanda, iklan, dan bahasa yang digunakan oleh orang di sekeliling kami. Destinasi pertama kami ialah Fort Cornwallis. Aspek kajian kami yang pertama adalah panggilan hormat serta penggunaan bahasa sopan. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati dua orang pelajar HMT329 telah menunjukkan penggunaan bahasa sapaan yang sopan serta penggunaan panggilan.
Ketika di dalam bas, Nasibah serta Chan Yan Yi telah memberikan tempat duduk mereka kepada orang yang lebih tua. Ini menunjukkan rasa hormat mereka kepada orang yang lebih tua dari segi bukan verbal iaitu dari segi perbuatan atau tingkah laku mereka. Mereka telah bangun dan menjemput ‘mak cik’ untuk duduk di tempat mereka. Hormat dari aspek verbal pula, mereka menggunakan bahasa panggilan yang sopan. Contohnya Nasibah mengatakan ‘tak pe Mak Cik duduk la’. Penggunaan Bahasa Panggilan ‘Makcik’ merupakan kata panggilan yang sopan untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua.
Sepanjang berjalan ke arah Fort Cornwallis, kami mendapati bahawa terdapat kesalahan penggunaan arfiks "di-" dan preposisi "di" pada papan tanda atau iklan. Kesalahannya ialah dalam papan tanda atau iklan penggunaan arfiks dan preposisi itu telah diterbalikkan iaitu seharusnya arfiks "di-" harus dirapatkan dengan kata dasar dan preposisi "di" seharusnya di pisahkan dengan kata dasar. Contohnya, "disebelah - di sebelah", "Di Larang - dilarang" dan "dikalangan - di kalangan".
Ketika di dalam bas juga salah seorang daripada ahli kumpulan kami berbual dengan penumpang dalam bas tersebut. Kami mendapati beliau menggunakan kata ganti nama diri kedua iaitu ‘awak’ ketika berbual dengan rakan kami. Beliau juga membahasa diri dengan menggunakan kata ganti diri pertama iaitu ‘saya’ untuk merujuk kepada diri beliau. Dalam perbualan tersebut beliau menceritakan tentang ‘orang rumah beliau’ sudah empat hari meninggalkan rumah. Beliau menggunakan kata panggilan ‘orang rumah’ untuk merujuk kepada ‘isteri’ beliau.
Setelah tiba di Gurney, kami pergi ke "food court" untuk mengisi perut kami yang begitu lapar. Semasa menjamu selera kami juga memerhatikan papan tanda kedai-kedai yang ada di "food court". Kami mendapati terjemahan yang ditulis pada papan tanda kedai-kedai itu adalah tidak beberapa betul terjemahannya.
Misalnya, papan tanda salah sebuah kedai iaitu, "Nasi Lemak dan Mee Goreng’ telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin sebagai 椰浆饭及印度炒面 ‘ye jiang fan ji ying du chao mian’. Apabila ditulis dalam bahasa Melayu, perkataan "Indian" yang wujud dalam terjemahan bahasa Mandarin tidak wujud dalam terjemahan bahasa Melayu. Selain itu, kami juga terjumpa kesalahan terjemahan semasa berjalan ke "Fort Cornwallis" iaitu "masuk - way in". Terjemahan "way in" adalah tidak sesuai dengan perkataan "masuk" seharusnya diterjemah sebagai "enter". Semasa di kompleks Gurney kami diminta menanya kepada para penjual sesuatu kemudian memerhatikan bahasa sama ada berbal atau bukan verbal yang telah digunakan untuk membual dengan kami. Saya mendapati apabila wujud dua bangsa yang sedang mendengar seorang penjual mempromosi barangannya, penjual tersebut akan lebih mengutamakan pelanggan yang datang terlebih dahulu tetapi dia juga akan memberi tumpuan kepada pelangan yang lain dengan perhatian yang kurang.
Semasa mempromosi barangan mereka, mereka telah menggunakan bahasa yang sopan dan halus. Hal ini mungkin kerana mereka ingin mendapat kesan yang baik daripada pelanggan.Di samping itu, kami juga cuba berbahasa Melayu dengan penjual yang berbangsa Cina. Misalnya, kami telah berjalan ke sebuh gerai yang menjual barang kecantikan. Ivy telah menggunakan bahasa Melayu untuk bertanya soalan kepada penjual tersebut, penjual itu berasa hairan dan di selalu memerhatikan muka kami, seolah-olah tidak percaya yang kami tidak pandai berbahasa Mandarin. Bahasa yang digunakan oleh penjual itu agak sopan tetapi apabila kami berbahasa Melayu dengannya dia tidak berapa ingin melayan kami. Dia hanya menjawab soalan kami sambil lewa sahaja.
Situasi 1: Di dalam Watson
Sewaktu kami melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut, seorang jurujual wanita datang mendekati kami dan mempromosikan pruduk kecantikan kepada kami. beliau menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu bertutur dengan kami. Namun salah seorang dari ahli kumpulan kami membalas perbualannya dengan menggunakan Bahasa Melayu. Apabila mendengar kami bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu, jurujual itu telah menggunakan Bahasa Melayu juga, namun bahasa yang dituturkan oleh beliau tidak begitu fasih. Kemudian kami menukar perbualan dengan menggunakan Bahasa Inggeris pula. Setelah itu, jurujual itu juga telah menukar bahasa perbualan dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Selain itu, berdasarkan pengamatan kami, ketika kami membelek barang kosmetik terdapat seorang jurujual dengan seorang pembeli berbangsa Cina. Jurujual tersebut bertutur dengan menggunakan Bahasa Mandarin dengan pembeli. Kemudian kami mendapati pembeli tersebut bertutur menggunakan Bahasa Mandarin bercampur dengan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan anaknya. Di sini kami mendapati terdapat percampuran bahasa yang digunakan oleh pembeli tersebut. Tetapi ketika berkomunikasi dengan penjual tersebut, pembeli hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Mandarin.
Situasi 2
Papan tanda di atas merupakan amaran kepada orang ramai untuk memasuki kawasan tersebut. Terdapat empat bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej dalam papan tanda tersebut. Bahasa yang digunakan terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil. Dalam bahasa Melayu ditulis ‘kawasan larangan’ manakala dalam Bahasa Inggeris ditulis ‘protected area’ yang bermaksud ‘kawasan yang dilindungi’. Terdapat perbezaan makna bagi kedua-dua ayat tersebut. Apabila diperhatikan betul-betul, papan tanda ini juga menggunakan gambar iaitu gambar seorang lelaki yang memegang senapang dengan gaya memacukan senapang tersebut terhadap seseorang untuk menunjukkan maksud seperti yang tertulis pada papan tanda tersebut.
Situasi 3
Dalam papan tanda di atas, terdapat penggunaan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. Tetapi terdapt penggunaan gambar dalam papan tanda di atas supaya dapat difahami oleh orang ramai. Gambar tersebut membawa maksud sesiapa yang cuba memanjat tembok tersebut secara automatik akan terkena arus elektrik kerana tembok tersebut dilengkapi dengan arus elektrik.
Situasi 4
Penggunaan bahasa dalam papan tanda di atas juga menggunakan empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Berdasarkan keempat-empat bahasa tersebut, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil ditulis secara melintang tetapi dalam Bahasa Cina, bahasa tersebut ditulis secara menegak. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan dalam sistem tulisan Cina berbanding ketiga-tiga bahasa lain.
Situasi 5
Dalam papan tanda di atas, terdapat penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan kedua-kedua bahasa yang digunakan, didapati bahasa yang digunakan dalam Bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu lama. Hal ini dapat dilihat dari segi ejaan iaitu terdapat penggunaan tanda sempang dan kesilapan ejaan. Contohnya dalam perkataan ‘di-larang’. Sepatutnya perkataan tersebut dieja sebagai ‘di larang’ iaitu tiada penggunaan tanda sempang dan preposisi ‘di’ dan ‘larang’ dieja secara terpisah. Contoh kedua dapat dilihat dalam perkataan ‘baisikel’, sepatutnya ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah ‘basikal’ dan penggunaan simbol ‘2’ tidak boleh digunakan untuk menunjukkan maksud jamak. Sebaliknya ejaan yang betul ialah ‘basikal-basikal’.
Situasi 6
Dalam papan tanda di atas tidak terdapat sebarang bentuk bahasa yang digunakan, sebaliknya hanya menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Dalam petak petak yang pertama, simbol yang digunakan membawa maksud tandas yang terdiri daripada tandas lelaki dan perempuan terletak di sebelah kanan. Begitu juga dengan petak yang ketiga. Manakala petak yang kedua pula menunjukkan tangga yang juga terletak di sebelah kanan.
Ahli Kumpulan
NorFadilah Binti Abdul Rahman (15)
Nurul Hana Binti Abu Talib (19)
Wong Siet Li (29)
having problem with new blog this morn
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan