Ahad, 18 Januari 2009

Cara Membuat Concordance

1. Buka satu folder di desktop. Nama folder itu contohnyanya “Nurul Hana_HMT329”.
2. Cari satu artikel / rencana di mana-mana surat khabar tempatan. Misalnya dari laman web Utusan Malaysia Online.
3. Buka “New Teks Dokumen”. Namakan file tersebut “ UMrencana1_15jan09.txt”. Kemudian, anda perlu copy rencana yang telah dipilih dalam file “UMrencana1_15jan09.txt” tersebut dan save file tersebut. Sekiranya rencana / artikel tersebut mengandungi gambar hendaklah dicuci terlebih dahulu dan kemudian disimpan file tersebut dalam file yang baru misalnya“ UMrencana1_15jan09_cuci.txt”.
4. Buka “microsoft word” dan nama file tersebut sebagai“ UMrencana1_15jan09.doc”. Kemudian, anda hendaklah copy rencana/artikel tersebut dalam file ini. Anda juga perlu pastikan gambar dalam artikel tersebut dibuang dan sekiranya mempunyai petikan ayat di bawah gambar tersebut anda hendaklah meletakkannya di bahagian paling bawah rencana/artikel.
5. Seterusnya buka satu lagi file dan namakan file tersebut sebagai “Tajuk artikel/rencana”. Dalam file ini anda perlu membuat 3 baris kotak dan setiap kotak perlu dituliskan seperti berikut:(i) Tajuk Artikel/Rencana Nama Penulis (ii) Web artikel/rencana itu diambil (iii)Tarikh dan nama file6. Kemudian buka software “textSTAT”. Pilih corpus dan seterusnya new corpus. Kemudian buka file Nurul Hana_HMT329.Selepas itu, padam perkataan “txt” dan gantikan dengan nama file tersebut sebagai “ UMrencana1_15jan09.crp”.7. Setelah itu, pilih corpus dan add local file. Cari file Nurul Hana_HMT329 dan Klik file “UMrencana1_15jan09.doc.
8. Buka word froms. Pilih sort on frequency dan klik frequency list. Seterusnya pilih export misalnya Frequency<>MS Excel. Namakan file itu “ UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls” dan save as type ialah “Microsoft Excel Worksheet”
9. Buka textSTAT semula. Pilih Concordance dan klik di “search whole” dan “search case”. Seterusnya pilih Export dan Frequency<> Mirco. Word. Simpan file tersebut dan namakan sebagai “ UMrencana1_15jan09_concord_asal.doc”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan