Selasa, 13 Januari 2009

Norkhiriah



Nama sebenar beliau ialah Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie. Beliau dilahirkan di Raub, Pahang. Pekerjaan beliau ialah pelakon dan telah mendirikan rumahtangga dengan Azfaizul Ahtan. Noorkhiriah atau lebih mesra dengan panggilan Noor merupakan seorang yang kecil molek dan telah berlakon dalam banyak drama tempatan. Antaranya ialah Tepi Kainnya Carik, Neraca Kasih, Sindarela, Pepaya dan sebagainya. Beliau juga turut berlakon dalam beberapa buah filem seperti filem Gubra, Susuk, Los and Faun, dan banyak lagi filem arahan pengarah terkenal tempatan. Walaupun beliau telah berlakon dalam banyak filem tempatan, namun beliau mengakui masih ramai yang belum mengenali beliau. Hal ini bukan disebabkan oleh dirinya yang kurang berbakat tetapi disebabkan oleh beliau tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang pelakon. Hal ini kerana beliau dilabel sebagai muka kampung. Malahan, beliau sering diberikan watak gadis kampung. Alasannya kerana muka beliau muka kampung, tiada gaya dan saiznya yang kecil. Namun, beliau mengimpikan karakter wanita korporat dan antagonis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan