Dialek Melayu Perak<> Bahasa Melayu Standard
1. Deme semue nak gi Kuala Lumpo aghi nie.
Mereka hendak pergi ke Kuala Lumpur hari ini.
2. Deme semue dah sepakat nak adekan kendughi doa
Mereka sudah bersepakat hendak mengadakan kenduri doa
selamat tu minggu depan
selamat pada minggu hadapan.
3. Mak pukol adek ngan rotan
Emak memukul adik dengan menggunakan rotan
sebab tak nak gi sekoloh.
kerana adik tidak mahu pergi ke sekolah.
4. Pintu ghumah Pak Cik Kasim tutop bila keme sampai.
Pintu rumah Pak Cik Kasim tertutup rapat ketika kami sampai.
5. Pokok tu tumbang timpe ghumah Mak Cik Siti.
Pokok itu tumbang lalu menimpa rumah Mak Cik Siti.
6. Semue kambing abah kat kebon abis kena curi oghang.
Semua kambing ayah di kebun habis dicuri oleh orang.
7. Keputusan peghekse adik akhe tahon nie teghok bebeno.
Keputusan peperiksaan akhir tahun adik sangat teruk.
8. Suasane majleh kawin anak Mak Cik Timah sangat meghiyah
Suasana majlis perkahwinan anak Mak Cik Timah sangat meriah.
9. Mughid tingkatan 3 tengah sebok baca buku sebab peghekse
Murid tingkatan 3 sedang sibuk membaca buku kerana hari peperiksaan
dah nak dekat.
sudah hendak dekat.
10. Mak sebok memasak sebab abah dah nak balik daghi koje.
Emak sibuk memasak kerana ayah sudah hendak pulang dari kerja.
having problem with new blog this morn
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan